Powered By Blogger

Thursday 20 February 2014

coklat mars

assalamualaikum. hello!
ni adalah entry pertama aku sejak masuknya tahun 2014, 52 hari yg lepas. 
hari ni tetiba rasa macam rajin sikit nk mengupdate blog. sebab xtau dh nk buat ape. nk tgok cter pon xdak mood lagi. nk tgok cter pon kene tggu mood mai gk. kalu x, xleh fokus la. 
tambah2 skrg ni baru minggu kedua masuk semester baru, mmg xde keja lagi la. rehat2, goyang kaki dlu la, pasni nk kena pening2 ngan assignment, test bagai tu lak kan? so, hari ni nk cter la sikit psal coklat mars. mende ntah nama betul dia. rasanya betul la kot coklat mars....bar? tak tauuu la. hahha
sbenarnya dh lama dh aku buat ni. masa cuti semester lepas. tapi harini baru nk cter. sbb bosan sgt dh ni. xtau nk buat ape. 

aku tergerak hati nk buat ni pon sbb tgok kt instagram ramai sgt yang jual bnde ni. teringin sangat nak rasa. tapi malas nk order. nk kene keluar gi bank-in duit lagiii. haisyhhh! malas2. lalu aku pun merajinkan diri search resepi bende ni. dh jumpe aku pun try la. bahan2 dia senang je, tp memerlukan ongkos yg banyak jugaklah. dlm rm30 mcm tu la. tp berbaloi gk kot, sbb bleh mkn banyak2. kalau org jual dh rm20, tp x sebanyak kita dapat buat sendiri kot. huhu.

ni lah bahan2 dia. 


ade satu lagi bahan penting yang tertinggal. ni haaa



 aku malas la nk cter mcm mana cara nk buat tu, sbb semuanya boleh di google. so, bleh la jimat tenaga aku nk menaip nih. haha

buat bnde ni pon kejap je. aku buat pagi2 lagi haritu. lepas solat subuh terus gi dapur, ready bahan2 dan mula buat. dh siap buat ni, bleh la sejukkan kejap dl peti ais. tp jangan lama2, nanti keras baq hang. haha
kejap je, pastu bleh la makan.

sedappppp! bukanlah nk puji yang aku buat, tp bnde ni mmg best pon. hahah. eh, tp kalau bukan aku yg nk puji sape lagi kan? haha
mak abah aku x suka, sbb manis katanya. huhu. cedih sayerrr.
tp ank sedara aku sukaaa. budak2 kan memang la. penat aku duk melayan.

okey, itu sajalah yang nk cter. nanti cuti sem boleh la buat lagi.

p/s : risau x dapat lagi tempat LI. company2, tolong la ambk aku. nk LI je pon, bkn nk keje kt tmpt korang tuhhh. :(







Tuesday 10 September 2013

semester baru, tahun baru

hello! assalamualaikum. 
hari ni dah hari ketiga kelas bermula untuk semester lima ni. tapi hari ni kelas start lewat, kul 11 baru mula. so, hari ni bangun awal sket sbb rumet kite masak nasik goreng. hajatnya nak bantu sikit2, tapi tengok dia dh masak2, i tgok je la. tolong gk tu. tolong tengok. haha!
lagipon x elok lah perempuan bangun lambat. kan? hihi
seriously aku takot gk nak hadapi sem baru. even aku nampak macam banyak waktu free dlm jadual kelas sem ni, tp subjek sem ni mmg semua tough giler. dah la yang 3 jam kredit tu banyak. :/
takott. dah la sekarang ni persaingan banyak. org pandai2. hrmmm...risau2.
insya-Allah, sem ni aku akan usaha lebih sikit. sikit hapeee, kalau bleh usaha lebih banyak la kan? haha
minggu 1st ni mmg rilek la, xde assignment ke apee ke. so, sedikit bosan la. haha
nanti dah dapat assignment duk merungut2 lakk. biasalah student..manusia biasa. :D
okeyh, itu aje nak citer. xde gambar la. x sempat lagi nk bergambar untuk sem baru ni. lagipon baru 3 hari kan??? banyak lagi masa bleh bergambar. haha

nak masuk citer lain sikit eh? 
hujung minggu ni cuti 3 hari. sabtu, ahad dan isnin sebab isnin tu kan hari malaysia. dan kebetulan ahad tu kak yati aku kat selangor buat makan2 kat umah dia macam kenduri doa selamat la. sbb abang ipar aku nk gi buat haji. so, aku bleh la ikot kak aku yg duk sini gi umah kak yati aku. sukaaaanya. sebab bleh jumpa family kite. kite dah la homesick teruk nih. baru 4 hari berpisah ngan family kite selepas 3 bulan cuti.
actually x sampai 3 bulan pon. dalam 2 bulan lebih je. 
homesick ni dia mai time2 senja dan subuh. aduhhh...sayu sungguh time2 tu. kalau bangun pagi2 tu, mesti muka mak abah yang duk terbayang2. senja pon macam tu. kalau umah aku dekat ni, mmg hari2 la aku balik. mak pon mesti bosan tengok aku duk balik je. kan? haha
tapi sebab jauh. time midsem ngan cuti sem je la aku balik. satu ag kene lah save budget sikit.kate nak berjimat sem ni. haaa
okeyh2, sampai sini aje lah melalut pagi nih. tata. 




Saturday 24 August 2013

ujian memandu

assalamualaikum. halluuuu.. hehe
eh2, lamanye x jenguk blog ni. kebelakangan ni mmg mlas la nk menaip2 ni. so kalo ade entry pon, stahun maybe  4 5 entry je kot yg ade. haha! lagipon, sape la yg nk sgt bace cter2 aku nih. so, time aku bosan tahap x tau nk buat ape baru lah aku rajin nk taip2 nih. hehe

so, hari ni nk citer la pasal pengalaman aku test lesen kereta. haisyhhh! walaupun pahit sini aku nk cter sikit. ceh! pahit la sgt. pahit la weyh, habis duit raye aku kene byr untuk re-test!  :(

aku x pass kt jalan raya. belum keluar jalan raya lagi aku dh kandas. citer dia cm ni... nk tau sbb ape aku kandas, ni semua pasal viva! aku biasa practice pakai kancil, tetiba time test dorang bagi viva kt aku, aku ape lagi...mula lah panic x tentu hala. bila diingat2 kan balik mmg viva ngan kancil tu same je. haisyh! tetibe menyampah kt diri sendiri. haha. tp aku mmg panic mse dpt viva tu, sbb dlm kereta tu suasana dia tu mmg lain sgt ngan kancil, bkn lah nk ckap aku x pnh naik viva, naik sbg penumpang tu biasa la, ni suruh pandu mmg aku fail lah! sume rasa mcm pelik, sbb viva ni tggi sikit dr kancil. so, aku mmg neves tahap gilerrrr ah. ah! menyampah kat diri aku bila ingat balik. kes aku kandas, 1st aku x turunkan hand break time nk jalan, second, mase nk keluar tu jln dia mcm bukit sikit...aku x tarik handbreak mse duk tggu turn nk keluar atas bukit tu. ni sume salah kereta depan tu, lambat sgt. haha! semua nk salah org, padahal diri sendiri yg panic n neves, jadilah tak tentu hala. bila dh x tarik hand break kereta pun terus mengundur kebelakang, turun bukit. terus fail! x sempat keluar kt jalan raya lagi, jpj dh suruh pusing balik. sbb dh kandas. menyampah gk kt jpj, sbb x bg chance. hahah

kecewa tu mmg kecewa.. tp nk buat cm mane mmg dh salah aku. tu laa..neves x tentu pasal sgt. bukit n parking aku okay. ni mesti sbb ade jpj kt sebelah time jln raya tu, tu yg jadi neves pelik tuh. mse bukit ngan parking pon neves gk, tp xpe, bleh ckp sorang2 dlm tu sbb x de org. hihi. bleh tenangkan diri sendiri ngan ckp kt diri sendiri. :D

aku re-test balik minggu depan, mmg aku nk selesaikan cepat2 bende ni sebelum masuk sem baru nih, sbb aku mlas dh nk ulang alik ke psm tu. so, doakan aku berjaya eh? cekgu aku lak bleh lg menganjing lpas ni kite belajar pakai viva je la... haha
time tu ade jamuan raya tau, aku x mkan sikit ponnn even staf2 kt situ dh pesan mkn dulu sebelum balik. ni semua kes x pass jln raya, blah terus. xde selera nk makan. haha. sempat curi air mineral je satu. pastu terus blahhhh!

huihhh! malas nk ingat tau. pahitttt...pahittt...! 
okeylaa..ni je yang aku nak cter. tata! 

p/s: sape2 yang baca ni, tlong la doakan aku, buat solat hajat sikit. hihi. btw, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin. :)


Saturday 25 May 2013

outing

assalamualaikum. :)

sebenarnya aku baru balik dr berjalan2 ngan kawan ni. saje nk cter. sbb nk bg blog ni mcm hidup sket. haha
semalam pon aku kuar gk. tp ngan kakak n abg ipar i. hari ni ngan kawan2 lak. org lain dh start study week, kami masih berzimbaaaa....hahha! dengan duit yang ckup2 makan tu aku keluar jugak ngan kawan2. haissyyyhhh! ape nak jadi la aku nih!

semalam aku keluar ngan kak aku, kami pergi angsana. nak cakap sikit ni. semalam tu adalah 1st time aku ke angsana. haha! dah 2 thun duk sini, tp baru semalam aku smpai kt angsana tu. 
kak aku ke sana sebab skarang nih dh start sale kt uo. dia nk beli barang2 rumah dia la. tapi aku tumpang skali angkut barang2 mknan untuk study week ni. dah nama study week mestilah malas nk keluar bilik ni. duk terperap dalam bilik je la gayanya. 
tengah duk shopping barang, tetiba kak aku terlupa nak ambk apa ntah. ubat gigi kot. so, dia suh la aku jaga troli sementara dia nk g ambk barang tu. aku pon jagalah, sbb time tu mmg sesak gler. sgt rmai org! nk gerak pon susah. sempit btol uo angsana nih. 

tengah duk tunggu2 kak aku, tetiba ade sorang mak cik mai kat aku,
"dik, gula kt mana eh?" aku pun pusing kiri kanan nk makesure sape yang mak cik ni tanya, bila dh sure aku yang ditanya, aku pon jawab la, kt hujung sana. naseb baik kami dh lalu tempat gula td. pastu aku pon kalih tepi tengok ade pekerja uo tengok aku. senyum je dia. aku pon tergerak hati nk tgok bju yg aku pkai hari tu. cis! patut lah mak cik tu tanya aku, mesti dia ingat aku nih pekerja kt situ sbb aku pkai jersi oren dh ala2 bju pekerja kt situ. baru aku perasan. macam malu sesangat! aku pon tolak troli pergi tempat jauh sket. lepas dari kes tu aku pon dh rase mcm aku nih pekerja kt situ pulak. kak aku pulak duk g ambik ape ntah yang lame2 sangat. rase mcm nk keluar dari situ time tu gk. 
nak beratur bayar pon punye lah lama. satu jam kot beratur. boring i. 

dh siap bayar2 n jalan2 kt sana, kami pon balik la, sebelum tu kami g makan kat restoran agus. sebelum ni pernah gak makan kat sana, kawan yang bawak. kalau org suruh aku tunjuk jalan memang aku x tau la. naseb baik abg ipar aku pernah pergi sana, so dia tau la. kt sana aku order nasi goreng usa. tapi nasi goreng usa dia pelik la. sbb kalau yang biasa aku makan, nasi goreng usa ni ade daging merah ngan telur mata. tapi semalam aku punya nasi goreng usa ade sosej, kacang panggan n sosnya. dan juga telur mata separuh masak n ayam goreng celup tepung kecik2. aku x tau lah kalau2 nasi goreng usa kt tempat lain macam ni. tapi ni 1st time la bagi aku jumpa nasi goreng usa stail ni. haha! lupe pulak aku nk snap pic, dh kelaparan sangat terus aku bantai. naseb baik sedap. dh siap2 makan, terus balik. dlm kul 11 gk aku sampai bilik. malam tu tidur lena giler. sbb letih kot. :D

okay, yang ni citer untuk hari ni pulak.
pagi tadi mase duk tgah golek2 atas katil, kawan i mesej nk keluar tgok wayang x? fast n furious 6. aku mcm x nak pergi, tapi nak pergi. acaner tu? dah lah aku sekarang ni sengkek + senget. aduiii...dilema i! lpas pikir2, i pun buat keputusan nk kuar gak~! hehe
so, tadi kitorang pon tgok la citer fast n furious 6 tu. yang 1, 2, 3, 4, 5 x tgok pon, tetibe bantai yang 6 terus! hebatkan kami. tp tasya dh tgok cter2 yang sebelum ni. aku, newa ngan leeza je yang terus bantai 6 punye. :D
bagi aku okaylah. time dorang buat aksi lawan2 tu memang semangat je tgok. kalau main part cakap2, slow2 tu aku sedikit mengantuk laaa... tapi konklusinya best la gk. aku rasa cter2 omputih yang aku tgok kt panggung ni sume okaylah. x de yang x oke. sbb aku akan makesure kan yang aku paham cter2 tu sbb aku x nak rase membazir duit aku bayar nk masuk panggung tu. hahah!
dah tengok wayang, pergi karok pulak. adussshhhh...! banyaknye duit aku ni. 
dah siap karok sume kami pon balik laaa...sbb ade orang nak balik kampunglah katakan. i x balik, i balik lepas exam. :)

okay, sampai sini saja citer aku yang panjang lebar untuk 2 hari ni. xde gambar skeping pon kan? x sempat nk bergambo! hehe
tata!



Thursday 9 May 2013

Gimik Fesko 50

assalamualaikum dan salam jumaat. 
okay, baru je abis kelas untuk hari ni. hehe..suke2!
hari ni aku nak cter pasal persembahan gimik yang telah kami adakan rabu lepas. hari ni dah jumaat. baru je 2 3 hari berlalu. tetibe rajin nk update cter ni kt blog. haha!
okay, ktorang buat gimik ni skali ngan persembahan yg ktorang dh buat dulu. alaa...yang aku pnah cter kt entry sebelum ni tu la. kat majlis perasmian fesko hari tu kitorg buat lagi persembahan tu, tp skali ngan video gimik yang kitorng shooting sebelum ni. penat tu mmg penat....letih sangat2 masa proses pembikinan video nih. hari2 ade perjumpaan. rehearsal laa. aduhh...tersangat penat. ni aku yg main lakon2 ni pon dh penat tukang edit2 ngan urus2 video ngan sketsa ni lagi letih aku rasa. 
bagi aku, vdeo gimik ni memang smart gilerrrrr...! aku suka la. tp ade yg part aku tu sgt2 lawak okay. sebab i x tau macam mana rupa i, dh siap baru nampak. dh pengarah x cakap ape, ingat okay, rupanya comel. hahaha!

ni video untuk persembahan Sketsa yang kitorang lakonkan. try2 la cari yang mana satu i okay? :D
untuk video gimik yang aku cakap smart tu...Ini Dia. 
okay la, selamat menonton(kalau rajin). 
:)




Wednesday 1 May 2013

fesko press conference

assalamualaikum ! 
hehe...akhirnya aku muncul kembali. dh lama rupenye aku tggal blog ni. :D
sebabnye...malas. haha! xtau la, tp lately mmg agak malas la nk update2 blog ni. padahal bnyak je kejadian2 menarik yg berlaku sepanjang ni. *ceh! menarik ke? hahah

bende yang aku nk cter skrg ni pon dh lame berlaku. tp aku nk cter gk kt sini, sbb dh nmpk kering bebenor dh blog ni. hari kejadiannya 23 april. skrg dh 1 may. fuh! dh masuk bulan lain baru nk cter. haha!

time tu ktorang bergabung ngan palapes darat ngan navy buat persembahan gimik sempena press conference untuk fesko yg x lama lg dh nk start ni. maknanya time ni suksis, army ngan navy bergabung la untuk menjayakan agenda ini.

benda ni kitorg kene buat kt airport senai u.. haha! makanya naik lah bas beramai2 menuju ke senai. :D
dan hari tu kami terpaksa lah ponteng kelas. eh, x ponteng okay, kami dpt surat pengecualian hadir kuliah. hehe. 

okay lah, kt sini aku masukkan sikit gambar2 time tu. curi kt pesbuk nazwa. sbb kite xdk gmbo dlm henset kite. maklumlah pakai henset cikai je. x mampu nk pkai henset canggih2 mcm dorang sume tu. *tetibe mood sedih.

dlm gimik ni aku jd officer, x keluar perang. sbb xckup senjata. hehe
cter pasal pencerobohan di lahad datu ni.

ni narrator kami. yg baju putih pengarah. 

nampak real x senjata tu? 
barisan orang kampung ngan army.
yang ni time rehearsal kot..sbb si penyair yg snap gmbo ni
suksis

si narrator terkejut.
kesian pulis tu nk kene tembak/pancung

naseb baik ade photographer yg comey lg berani nk ambk gmbaq depa ni
gambar ni aku nobatkan most funny picture of the century
dh tamat cter kami

tata! :)







Friday 25 January 2013

pavlova

assalamualaikum dan salam jumaat. :)
okeyh, hari ni nk cter pasal pavlova pulak ye.. hehe
smlam aku try la buat pavlova ni, sbb teringin sangat2! siap aku beli kt bakery lg, sbb nk try sblum buat. tp yg kt bakery tu mahal! aku x tau la harga standard pavlova tu berapa, sbb ni pun 1st time beli kan. 1 biji yg besar mcm tart telur tu, harga dia rm4.50. mahal la bg aku! sbb mkan skali masuk mulut dh habis. haha!
makanya aku try la buat sendiri. semalam aku start buat kul 9 pagi, tp siap 1 pagi...lama x? 

kenapa lama gler? sbb smalam blackout! lama glerr...12 jam! 
dah la blackout time meringue tu duk dlam oven. bile dh blackout tu aku tggal je dlam oven tu, bile dh sejuk sikit aku ttp benda tu ngan tudung tupperware. geram tau x! okey 12 jam dh berlalu, aku sambung baking balik. aku x tau la berapa lama aku baking bnde ni supaya benda ni masak ngan warna coklat muda. hampir2 2 jam kot. blackout punye pasal.
aku buat pavlova ni, aku ikot resepi di blog kak ana. ikot sebijik2, insyaAllah....menjadi. :)

sebelum buat ni, aku risau gk nk cari whipped cream ni. last skali aku cari kat bakery gk. sbb nk ambk whipped cream yg dkat supermarket tu tkot x jadi. nk gune sikit je, tp aku dh beli yg 1kg punya! bleh buat spuluh pavlova..haha!


 buah2 aku guna strawberry ngan kiwi. ngat nk tmbah anggur hitam gk, tp nk save budget punye pasal...cancel terus! hehe



tepat jam 1 pagi, siaplah pavlova aku...mula2 ingat x jadi tau. sbb macam....ntah! mcm x jadi...tp aku teruskan gk sapu whipped cream, susun buah2...simpan dlam peti. dan pagi tadi aku try...jadi sbb ok je lidah aku ni rasa. :)

pavlova aku tebal sbb hari tu duk complain yg bakery nipis. :D


okay....sampai sini aje cter pavlova aku. tata! 

◤(¬‿¬)◥