Powered By Blogger

Tuesday 10 September 2013

semester baru, tahun baru

hello! assalamualaikum. 
hari ni dah hari ketiga kelas bermula untuk semester lima ni. tapi hari ni kelas start lewat, kul 11 baru mula. so, hari ni bangun awal sket sbb rumet kite masak nasik goreng. hajatnya nak bantu sikit2, tapi tengok dia dh masak2, i tgok je la. tolong gk tu. tolong tengok. haha!
lagipon x elok lah perempuan bangun lambat. kan? hihi
seriously aku takot gk nak hadapi sem baru. even aku nampak macam banyak waktu free dlm jadual kelas sem ni, tp subjek sem ni mmg semua tough giler. dah la yang 3 jam kredit tu banyak. :/
takott. dah la sekarang ni persaingan banyak. org pandai2. hrmmm...risau2.
insya-Allah, sem ni aku akan usaha lebih sikit. sikit hapeee, kalau bleh usaha lebih banyak la kan? haha
minggu 1st ni mmg rilek la, xde assignment ke apee ke. so, sedikit bosan la. haha
nanti dah dapat assignment duk merungut2 lakk. biasalah student..manusia biasa. :D
okeyh, itu aje nak citer. xde gambar la. x sempat lagi nk bergambar untuk sem baru ni. lagipon baru 3 hari kan??? banyak lagi masa bleh bergambar. haha

nak masuk citer lain sikit eh? 
hujung minggu ni cuti 3 hari. sabtu, ahad dan isnin sebab isnin tu kan hari malaysia. dan kebetulan ahad tu kak yati aku kat selangor buat makan2 kat umah dia macam kenduri doa selamat la. sbb abang ipar aku nk gi buat haji. so, aku bleh la ikot kak aku yg duk sini gi umah kak yati aku. sukaaaanya. sebab bleh jumpa family kite. kite dah la homesick teruk nih. baru 4 hari berpisah ngan family kite selepas 3 bulan cuti.
actually x sampai 3 bulan pon. dalam 2 bulan lebih je. 
homesick ni dia mai time2 senja dan subuh. aduhhh...sayu sungguh time2 tu. kalau bangun pagi2 tu, mesti muka mak abah yang duk terbayang2. senja pon macam tu. kalau umah aku dekat ni, mmg hari2 la aku balik. mak pon mesti bosan tengok aku duk balik je. kan? haha
tapi sebab jauh. time midsem ngan cuti sem je la aku balik. satu ag kene lah save budget sikit.kate nak berjimat sem ni. haaa
okeyh2, sampai sini aje lah melalut pagi nih. tata.